Friday, 6 November 2015

Novel Melayu (Akan Kutunggu)


Akan Ku Tunggu (Preloved)

Book's price : RM13

Special Promotion
Postage fee for 3 Malay Novel as a set is RM 7.
Kindly select 3 Malay Novel in one order to have cheaper postage fee.

Sinopsis

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya. Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi itu tidak langsung diimpikan. Tambahan pula, mereka tidak saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran. Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.


Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sejak dia terlihat kepolosan wajah ayu. Dia nekad mahu mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara. Namun, perubahan itu hanya seketika. Ugutan seorang bekas teman tapi mesra Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi. Jauh di sudut hati, Ayu terluka. Dia sering menjadi mangsa keadaan. Namun, dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya. Tanpa jemu, Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.


Teenager's Novel (Beg Toing-Toing Untuk Zaira)


Beg Toing-Toing Untuk Zaira

Book's Price : RM14 (after 10% discount, RM12)
Postage's book : RM5

Sinopsis
Buku latihan kimia Zaira hilang lagi. Pelik Bin Ajaib sungguh. Apalah yang ada dengan buku kimia itu? Bukan sekali dua tetapi ini sudah masuk tiga kali. Hati Zaira bertambah gawat dan semenjak itu hidup Zaira tunggang terbalik. Ada-ada sahaja yang berlaku hingga nyawanya menjadi pertaruhan. Yang paling memeningkan bila dikatakan beg toing-toing Tantiana itulah yang menyimpan seribu macam rahsia. Pening, kan? Apalah yang ada pada beg toing-toing itu?

Teenager's Novel (Demam Aishiteru)


Demam Aishiteru

Book's Price : RM15 (after 10% discount, RM 13)
Postage's fee : RM 5

Sinopsis

Siapa kata menjadi remaja itu senang? Siapa kata menjadi pelajar itu tiada bebanan? Sakit. Sangat sakit apabila kita jatuh dan tiada siapa yang mahu menerima ‘kejatuhan’ itu. Zaris mahukan Amirul. Adiwira di dalam hidupnya. Bagi Amirul pula, Zaris? Tidak mahu!

Sampai bila Zaris mahu terikat di dalam ruang yang sama? Hanyut dalam alam khayalan! Hari Muzik menjadi penentu. Lagu Aishiteru dinyanyikan khas untuk Amirul. Argh....Aishiteru jadi ‘I hate you’. 

Zaris bangun dari mimpi. Ilmu itu penyuluh jiwa. Dia bangkit mahu menjadi pelajar terbaik. 
The Great Girls pesaingnya perlu ditumpaskan. Bukan dalam cinta tetapi di dalam pelajaran. Aja aja fighting!


Wednesday, 4 November 2015

Novel Adapatasi (Teduhan Kasih)


Teduhan Kasih

Book's Price : RM 15

Special Promotion
Postage fee for 3 Malay Novel as a set is RM 7.
Kindly select 3 Malay Novel in one order to have cheaper postage fee.

Sinopsis

"Kau ingat dengan anak ni kau boleh paksa aku ubah keputusan aku? Kau nak ugut aku dengan anak kau ni? Eh! Kau jangan haraplah aku akan ikut kehendak kau. Aku tetap ceraikan kau!" -RYZAL.

Sampainya hati Ryzal, hanya kasihnya sudah tertumpah buat Ayu teman baikku sendiri, tergamak dia menyingkirkan aku dalam keadaan begini. Ketika aku mengandungkan anaknya, dia melafazkan talak.

Dan ketika aku merasakan aku sudah tiada siapa-siapa lagi di dunia ini dan jalan yang bakal aku lalui sangat gelap, dia hadir menyuluh kegelapan itu. Sekali gus meletakkan aku di tengah-tengah persimpangan di antara keikhlasan dan kenangan semalam.

"Sebab kita ada Adam. Kita nikah sebab Adam. Apapun yang berlaku, kita hanya fikirkan tentang Adam. Lagipun abang dah bosan hidup begini. Hidup abang benar-benar kosong. Tapi sejak abang kenal Adam, seperti hidup abang terisi dengan sesuatu. Abang mahu kita hidup sebagai sebuah keluarga. Abang tahu pintu hari Iffa tidak akan terbuka untuk mana-mana lelaki lagi, tapi tolong fikirkan cadangan abang ini." -EHSAN.

Aku benar-benar terperangkap. Sedangkan lelaki yang aku cintai separuh nyawa juga dengan mudah berlaku curang. Inikan pula dia, lelaki yang aku sendiri sedia maklum akan masa lampaunya yang kotor. Kelak akan adakah bahagia untuk aku dan anakku? Namun aku tahu hanya dengan Ehsan saja kami menumpang teduh.

Ehsan , seorang lelaki yang memiliki segalanya , berjawatan sebagai CEO disebuah syarikat.  Lelaki yang dikelilingi wanita-wanita cantik dalam hidupnya tetapi hidupnya kosong tanpa arah. Ehsan adalah insan yang diturunkan oleh Allah untuk membantunya. Kelahiran Adam merubah kehidupan Ehsan dan Ehsan mengganggap Adam adalah anaknya sendiri walaupun hakikatnya bukan. Kehidupan Iffa dan Adam merubah setelah hadirnya Ehsan dalam hidup mereka . Dengan sifat Ehsan yang romantik , ambil berat , manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang dibina sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Kali ini Iffa nekad dia tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan

Biografi Agung (Imam Syafi'i)


Imam Syafi'i

Book's Price : RM 31 (before Clearance Discount 10%)

Postage's fee : RM 7

Complimentary Page



Novel Adaptasi (Asam Pedas Untuk Dia)

Asam Pedas Untuk Dia

Book's Price : RM 21

Special Promotion
Postage fee for 3 Malay Novel as a set is RM 7.
Kindly select 3 Malay Novel in one order to have cheaper postage fee.

Sinopsis

AKU AININ SOFIYA, hanya seorang pembantu rumah separuh masa. Tugasku bukan setakat mengemas rumah, malah urusan dapur diserahkan kepadaku. Buat pertama kalinya, asam pedasku mendapat pujian. Dalam diam, aku diintai oleh salah seorang anak majikanku, Ahmad Ziyad. Rupa-rupanya, asam pedasku menjadi kegemarannya. Namun tidak kusangka, dia ingin melamarku, hanya kerana ingin membantuku dari segi kewangan. Aku bukan mata duitan! Aku hanya bekerja di rumahnya dengan hasil usahaku sendiri.

Setelah berfikir panjang, aku menerima lamarannya, tetapi dia meletakkan syarat. Perkahwinan ini harus dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga dan teman wanitanya. Aku juga tidak dibenarkan hamil. Malah, aku tidak dimaafkan jika perkara itu berlaku. Sampai bila aku harus berlakon dan menyorok statusku? Jiwaku terseksa menjadi isteri rahsianya walaupun halal di sisi agama. Ziyad seolah-olah tidak memahami perasaanku. Hidupku terseksa dengan permainannya sehingga takdir menentukan aku hamil anaknya!


Novel Adaptasi (Langit Cinta)


Langit Cinta

Book's Price : RM 25

Special Promotion
Postage fee for 3 Malay Novel as a set is RM 7.
Kindly select 3 Malay Novel in one order to have cheaper postage fee.

Sinopsis

Mengisahkan kisah percintaan antara Alif Zulkarnain (lakonan Keith Foo) dengan Khadijah (Nur Fazura). Alif adalah anak yang patuh kepada ibu bapa sejak kecil dan mewarisi perniagaan keluarga. Ketika mahu membangunkan resort di Pulau Perindu, dia jatuh cinta dengan gadis kampung bernama Khadijah. 

Dia juga mula mengenali erti kehidupan sebenar dan belajar memahami bahawa kesederhanaan itu indah. Biarpun hubungannya ditentang keluarga, namun Alif nekad memperisterikan Khadijah. Bermula dari situ, kehidupan Alif dirundung pelbagai dugaan dan cabaran demi cabaran harus ditempuh dalam hidup dua insan itu. 

Alif terpaksa meninggalkan Khadijah sementara untuk ke bandar atas suatu urusan. Namun setelah Alif pergi dia sudah tidak pulang2 lagi bertemu dengan Khadijah. Walaubagaimanapun Khadijah setia dan tabah menunggu kepulangan Alif. Rupa-rupanya Alif kemalangan dan dia hilang ingatan, apa yang bakal berlaku seterusnya? 

Adakah Alif dapat mengingat semula tentang isterinya Khadijah? Bagaimana pula dengan nasib Khadijah? Adakah Khadijah akan berputus asa menanti kepulangan Alif dan menerima lamaran orang lain?